aku...
teguhkan hati menelaah
bertemankan samara api pelita
aku....
anak miskin yang berhati tabah
demi mengejar impian
demi membebaskan keluarga
jauh dari kepompong kemiskinan
aku....
kemuncak yakin
berbekalkan doa berkat ibu
menjejak kaki
ke menara gading
aku.....
ghairah mengejar gemilang
sentiasa sibuk
menghafal buku-buku tebal
aku...
hanya menyangka ibu hanya sakit biasa
sahaja
padaku,cuti semester nanti
baru pulang
titik persimpangan bermula
Impianku?Ibuku?
aku.....
berdiri bangga
anak miskin menjadi peguam
namun
hati terasa gersang
kerjaya menjadi tawar
tanpa ibu lagi
andai...
diputarkan waktu
aku rela pulang
menatap wajah terakhir ibu
kerna ku tahu itu lebih hakiki......
titik persimpangan...